Monday, 16 April 2012

Penyelidikan Induktif @ Deduktif??







Induktif adalah proses penyelesaian hal-hal khusus kepada umum, pengajaran untuk mendapatkan hukum, serta banyak menggunakan contoh..




Deduktif pula adalah proses penyelesaian hal-hal umum kepada khusus, pengajaran adalah berdasarkan hukum dan mengemukakan genelisasi.


Kajian yang telah dicadangkan adalah jenis penyelidikan induktif. Penyelidikan induktif ialah pendekatan yang fleksibel kerana tidak ada keperluan teori ditentukan untuk mengumpul data dan maklumat bagi memulakan kajian ini. Saya membuat pemerhatian untuk mendapatkan data dan fakta bagi mencapai hipotesis tentatif dan mentakrifkan teori sebagai satu masalah penyelidikan ini. Ini membantu penyelidikan untuk memberi hujah induktif. Dalam strategi penyelidikan induktif, pemerhatian adalah tunggak utama. Ia berfungsi untuk menjelaskan fakta dalam realiti sosial. Strategi penyelidikan ini merupakan perspektif penyelidikan yang mewajibkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti dan objektif, serta analisis data yang betul bagi menghasilkan penemuan saintifik. Strategi induktif bermula dengan pengumpulan data, analisis data dan kesimpulan umum.   

Dalam topik yang saya pilih adalah sesuai untuk menggunakan strategi penyelidikan induktif ini kerana kajian dapat dibuat berdasarkan pemerhatian terhadap pengguna di luar sana. Setelah pernyataan masalah diperolehi dari situ saya dapat membuat hipotesis tentatif dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan menngumpul data dan maklumat dan boleh dikaitkan dengan teori-teori yang berkaitan dengan penyelidikan ini.

Saturday, 14 April 2012

perbezaan antara fakta & teori



fakta dapat digunakan secara meluas untuk merujuk pada hipotesis yang memiliki bukti2 yang sangat banyak dan kuat. Teori adalah satu set konsep, definisi dan yang saling berkait secara sistematik yang diutarakan untuk menjelaskan atau membuat telahan sesuatu fakta. teori dapat mengurangkan julat fakta yang perlu kita kaji, meringkaskan apa yang telah pun di ketahui mengenai objek kajian dan digunakan untuk meramal fakta lain yang perlu ditemui. teori adalah sebagai PENJELASAN.



teori yang baik diperolehi daripada pembolehubah yang penting mestilah dikenalpasti dan dilabelkan dan jelaskan perhubungan antara dua atau lebih pembolehubah berasaskan teori. jelaskan hubungan +ve atau -ve dengan penyelidikan yang sama dan jelaskan kenapa perhubungan boleh wujud.

Consumer purchasing behaviour of counterfeits