Induktif adalah proses penyelesaian hal-hal khusus kepada umum, pengajaran untuk mendapatkan hukum, serta banyak menggunakan contoh..
Deduktif pula adalah proses penyelesaian hal-hal umum kepada khusus, pengajaran adalah berdasarkan hukum dan mengemukakan genelisasi.
Kajian yang telah dicadangkan adalah jenis penyelidikan induktif. Penyelidikan induktif ialah pendekatan yang fleksibel kerana tidak ada keperluan teori ditentukan untuk mengumpul data dan maklumat bagi memulakan kajian ini. Saya membuat pemerhatian untuk mendapatkan data dan fakta bagi mencapai hipotesis tentatif dan mentakrifkan teori sebagai satu masalah penyelidikan ini. Ini membantu penyelidikan untuk memberi hujah induktif. Dalam strategi penyelidikan induktif, pemerhatian adalah tunggak utama. Ia berfungsi untuk menjelaskan fakta dalam realiti sosial. Strategi penyelidikan ini merupakan perspektif penyelidikan yang mewajibkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti dan objektif, serta analisis data yang betul bagi menghasilkan penemuan saintifik. Strategi induktif bermula dengan pengumpulan data, analisis data dan kesimpulan umum.
Dalam topik yang saya pilih adalah sesuai untuk menggunakan strategi penyelidikan induktif ini kerana kajian dapat dibuat berdasarkan pemerhatian terhadap pengguna di luar sana. Setelah pernyataan masalah diperolehi dari situ saya dapat membuat hipotesis tentatif dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan menngumpul data dan maklumat dan boleh dikaitkan dengan teori-teori yang berkaitan dengan penyelidikan ini.
No comments:
Post a Comment