Monday, 26 March 2012


tinjauan literatur @ sorotan kajian ialah mengkaji hasil karya yang pernah dilakukan oleh orang lain. Tinjaun ini dilakukan berpandukan kepada bahan-bahan bercetak seperti buku, jurnal, tesis, dan surat khabar. Tinjaun juga boleh dilakukan melalui media elektronik dlm laman web di internet.

Tinjauan literatur amat penting kerana ia dapat memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan. Umumnya ia ditulis mengikut susunan subtopik tertentu mengikut minat dan kaedah yang dipegang oleh seseorang pengkaji.

2 komponen utama dalam tinjauan literatur:

  • Kerangka teori (theoritical framework)
  • Kajian yang berkaitan berdasarkan sesuatu tajuk penyelidikan

Friday, 23 March 2012


Lambakan produk tiruan di pasaran..


Dengan teknologi serba maju dan moden, pelbagai aktiviti dapat dilakukan..contohnya mesin pembuatan cd cetak rompak..selain itu juga, kegiatan menjual produk tiruan dipasaran terbuka membabitkan produk jenama antarabangsa cukup mendapat sambutan pembeli seperti aksesori, alat mekap, beg tangan, baju, jam tangan, minyak wangi, seluar jeans dan lain-lain lagi..harga yang dijual untuk barang tulin hampir mencecah ribuaan ringgit, tetapi seseorang boleh mendapatkan produk tersebut (produk tiruan) dengan harga yg amat-amat murah..sesiapa saja boleh memakainya..soal sama ada produk tersebut tiruan bukan lagi satu persoalan.. dari segi mutu sememangnya kita ketahui tetapi produk tiruan ini cukup berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Menjual produk tiruan adalah menjadi kesalahan. Malah terdapat peruntukan undang-undang yang jelas di bawah Akta Perihal Dagangan 1972, jika sabit kesalahan. mereka yang menjual produk tiruan boleh dikenakan hukuman denda RM 100 ribu atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Tetapi, hukuman tersebut langsung tidak menimbulkan rasa takut kepada segelintir pihak. Mungkin hukuman tersebut terlalu ringan berbanding pulangan yang mereka peroleh sehingga kegiatan ini begitu susah untuk dibanteras...

JOHOR BAHRU : Cubaan melambakkan barangan berjenama tiruan sempena musim perayaan ini tersekat selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyerbu 10 premis termasuk sebuah stor di sini, semalam.
Dalam operasi bermula jam 10 pagi dan berakhir enam jam kemudian, sembilan premis menjual barang berjenama tiruan di empat pusat beli-belah serta stor di Masai diserbu.
Ketua Penguat kuasa KPDNKK Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya merampas 4,419 barang berjenama tiruan Adidas, Umbro dan Levi’s bernilai lebih RM157,000 mengikut harga pasaran.
“Tarikan utama barang tiruan ini adalah kualitinya hampir menyamai barangan tulen tetapi dijual pada harga lebih murah.
“Barangan dirampas termasuk baju-T lelaki dan wanita, kasut, beg dan pelbagai lagi. Operasi Gerak Gempur Cetak Rompak (GGCR) ini dijalankan selepas seminggu risikan dibuat,” katanya.
Operasi membabitkan 25 pegawai itu turut disertai wakil pengedar sah barangan berjenama berkenaan.
Menurut Hamid, GGCR dijalankan hasil aduan diterima daripada wakil pengedar sah produk itu berkaitan aktiviti penjualan barangan tiruan.
Beliau berkata, produk tiruan terbabit diseludup masuk sebelum diedar kepada peniaga di pusat beli-belah di sekitar bandar raya ini.
“Penjaga dan pemilik 10 premis terbabit ditahan sebelum dibebaskan selepas diambil keterangan bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1)b Akta Perihal Dagangan 1972 kerana menjual barangan tiruan jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000, penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Monday, 12 March 2012

research....

What is research ?


Research = The process of finding solutions to a problem after a through study and analysis (Sekaran, 2006).

Research = Systematic inquiry that provides information to guide decision (Cooper & Schindler, 2001)

Penyelidikan adalah satu proses kajian untuk menghasilkan sesuatu laporan ilmiah bagi menyelesaikan masalah mengikut syarat-syarat yang tertentu....daripada penyelidikan, kita dapat mengetahui apa yang kita mahukan dari tajuk penyelidikan kita..



Sikap Penguna Terhadap Barang Tiruan

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelanggan untuk membeli produk tiruan. Produk tiruan boleh menjejaskan pembangunan ekonomi sesebuah negara dengan memberi kesan kepada peniagaan yang menjual barangan tulen sehingga menyebabkan mereka kehilangan jualan, kehilangan kepercayaan kepada jenama. Selain itu, nilai keuntungan juga pasti akan menurun akibat dari pelangan yang memilih untuk membeli barang tiruan dan bukannya produk tulen yang dipasarkan. Selain dari masalah ekonomi, masalah dari segi keselamatan dan kesihatan juga boleh berlaku kesan dari masalah barang tiruan ini. Berikut adalah antara berita dan video yang berkaitan dengan masalah barang tiruan ini.

Berita dan Video yang berkaitan

  


Saya berminat untuk mengaji apakah faktor utama penguna membeli barang tiruan kerana dengan memahami niat dan tingkah laku penguna dalam pembelian produk tiruan, pengeluar dan pemasar produk jenama tulen boleh membuat strategi pemasaran yang lebih baik untuk menarik pengguna untuk membeli produk asli dan bukannya produk tiruan.