Friday, 23 March 2012


Lambakan produk tiruan di pasaran..


Dengan teknologi serba maju dan moden, pelbagai aktiviti dapat dilakukan..contohnya mesin pembuatan cd cetak rompak..selain itu juga, kegiatan menjual produk tiruan dipasaran terbuka membabitkan produk jenama antarabangsa cukup mendapat sambutan pembeli seperti aksesori, alat mekap, beg tangan, baju, jam tangan, minyak wangi, seluar jeans dan lain-lain lagi..harga yang dijual untuk barang tulin hampir mencecah ribuaan ringgit, tetapi seseorang boleh mendapatkan produk tersebut (produk tiruan) dengan harga yg amat-amat murah..sesiapa saja boleh memakainya..soal sama ada produk tersebut tiruan bukan lagi satu persoalan.. dari segi mutu sememangnya kita ketahui tetapi produk tiruan ini cukup berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Menjual produk tiruan adalah menjadi kesalahan. Malah terdapat peruntukan undang-undang yang jelas di bawah Akta Perihal Dagangan 1972, jika sabit kesalahan. mereka yang menjual produk tiruan boleh dikenakan hukuman denda RM 100 ribu atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Tetapi, hukuman tersebut langsung tidak menimbulkan rasa takut kepada segelintir pihak. Mungkin hukuman tersebut terlalu ringan berbanding pulangan yang mereka peroleh sehingga kegiatan ini begitu susah untuk dibanteras...

No comments:

Post a Comment