- saya dapati majoriti peserta menggunakan TRA dalam research mereka...
Friday, 25 May 2012
Thursday, 10 May 2012
sila bc artikel2 ni utk + ilmu..hehe
Halal Bukan Setakat di Kedai Makan
Ambil mudah isu logo halal - Pahang - Sinar Harian
Apa Nak Dikata...: Halal; Forgive Me For My Understanding
Halal Bukan Setakat di Kedai Makan
Ambil mudah isu logo halal - Pahang - Sinar Harian
Apa Nak Dikata...: Halal; Forgive Me For My Understanding
eda..........
~HALAL~
rezeki kte nk yg halal, hubungan pn kte nk yg halal..apatah lg makanan yg kita mkn yg akan jd daging pd bdn kte mst lh yg halal..
halal dr segi apa?cara proses?kwsan prsktran?bahan?org yg wt?sijil halal?
smua jd tanda tnya..
so, sape nk jwb soalan smua tu?
kte tgk nnt...
TUNGGU................................^___^
halal dr segi apa?cara proses?kwsan prsktran?bahan?org yg wt?sijil halal?
smua jd tanda tnya..
so, sape nk jwb soalan smua tu?
kte tgk nnt...
TUNGGU................................^___^
~Alhamdulillah, selesai mentoring activity dgn Dr.Jamal..2ari kuar msuk blik Dr., demam dh sy ni..huhu..T_T
btw, tq byk2 Dr.~
~tq utk k.yah n achik yg bg tajuk about halal (kakak blik nnt tlg ye)..hehe..suka tgk cite agen halal at tv Al-Hijrah kan ari khamis pkul 10pm..dpt byk panduan.~
~halal bnda sgt2 n tramat2 pnting utk umat Islam....so eda, buat sebaik blh..insyaAllah~
Friday, 4 May 2012
tukar tajuk
SAYA DAH TUKAR TAJUK DARIPADA COUNTERFEIT PRODUCT KEPADA FAKTOR PENENTU YANG MEMPENGARUHI PELAJAR DALAM MEMBUAT PEMBELIAN PRODUK HALAL DI KUCHING-UNIMAS
Wednesday, 2 May 2012
Ethnography
Etnografi adalah mengenai sesuatu budaya tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang dilakukan sesebuah masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. untuk memahaminya, pengkaji perlu meluangkan masa untuk interview, memantau dan mendokumentasi bagi memahaminya. Masa yang lama diambil maka data dapat direkodkan dengan terperinci. Etnografi dapat menghuraikan dan menganalisa sesuatu atau sebahagian daripda kebudayaan serta komuniti dengan mengenalpasti dan menghuraikan kepercayaan dan amalan harian responden dalam menggunakan produk, pembelian produk, menilai produk, dan lain-lain lagi.
Kelebihan
Menurut Jean J Schensul (2005) kelebihan-kelebihan yang diperolehi dalam penyelidikan yang mengaplikasikan kaedah etnografi adalah:
Kelebihan
Menurut Jean J Schensul (2005) kelebihan-kelebihan yang diperolehi dalam penyelidikan yang mengaplikasikan kaedah etnografi adalah:
- boleh digunakan oleh penyelidik yang menggunakan kaedah kuantitatif atau kualitatif
- penyelidikan dilakukan dalam kehidupan sebenar dimana sampel tidak perlu membuat apa-apa perubahan untuk tujuan penyelidikan, contohnya penyelidikan budaya pembeli dalam memilih produk.
- penyelidik dapat berinteraksi berhadapan dengan sampel.
- refleksi yang lebih tepat didapati terhadap perspektif dan tingkah laku sampel.
- penyelidik boleh menggunakan pelbagai sumber data kualitatif dan kuantitatif menyebabkan data yang dikutip adalah lebih tepat dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
- pengumpulan datanya lebih induktif, interaktif dan boleh diulang.
Monday, 16 April 2012
Penyelidikan Induktif @ Deduktif??
Induktif adalah proses penyelesaian hal-hal khusus kepada umum, pengajaran untuk mendapatkan hukum, serta banyak menggunakan contoh..
Deduktif pula adalah proses penyelesaian hal-hal umum kepada khusus, pengajaran adalah berdasarkan hukum dan mengemukakan genelisasi.
Kajian yang telah dicadangkan adalah jenis penyelidikan induktif. Penyelidikan induktif ialah pendekatan yang fleksibel kerana tidak ada keperluan teori ditentukan untuk mengumpul data dan maklumat bagi memulakan kajian ini. Saya membuat pemerhatian untuk mendapatkan data dan fakta bagi mencapai hipotesis tentatif dan mentakrifkan teori sebagai satu masalah penyelidikan ini. Ini membantu penyelidikan untuk memberi hujah induktif. Dalam strategi penyelidikan induktif, pemerhatian adalah tunggak utama. Ia berfungsi untuk menjelaskan fakta dalam realiti sosial. Strategi penyelidikan ini merupakan perspektif penyelidikan yang mewajibkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti dan objektif, serta analisis data yang betul bagi menghasilkan penemuan saintifik. Strategi induktif bermula dengan pengumpulan data, analisis data dan kesimpulan umum.
Dalam topik yang saya pilih adalah sesuai untuk menggunakan strategi penyelidikan induktif ini kerana kajian dapat dibuat berdasarkan pemerhatian terhadap pengguna di luar sana. Setelah pernyataan masalah diperolehi dari situ saya dapat membuat hipotesis tentatif dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan menngumpul data dan maklumat dan boleh dikaitkan dengan teori-teori yang berkaitan dengan penyelidikan ini.
Saturday, 14 April 2012
perbezaan antara fakta & teori
fakta dapat digunakan secara meluas untuk merujuk pada hipotesis yang memiliki bukti2 yang sangat banyak dan kuat. Teori adalah satu set konsep, definisi dan yang saling berkait secara sistematik yang diutarakan untuk menjelaskan atau membuat telahan sesuatu fakta. teori dapat mengurangkan julat fakta yang perlu kita kaji, meringkaskan apa yang telah pun di ketahui mengenai objek kajian dan digunakan untuk meramal fakta lain yang perlu ditemui. teori adalah sebagai PENJELASAN.
teori yang baik diperolehi daripada pembolehubah yang penting mestilah dikenalpasti dan dilabelkan dan jelaskan perhubungan antara dua atau lebih pembolehubah berasaskan teori. jelaskan hubungan +ve atau -ve dengan penyelidikan yang sama dan jelaskan kenapa perhubungan boleh wujud.
Monday, 26 March 2012
tinjauan literatur @ sorotan kajian ialah mengkaji hasil karya yang pernah dilakukan oleh orang lain. Tinjaun ini dilakukan berpandukan kepada bahan-bahan bercetak seperti buku, jurnal, tesis, dan surat khabar. Tinjaun juga boleh dilakukan melalui media elektronik dlm laman web di internet.
Tinjauan literatur amat penting kerana ia dapat memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan. Umumnya ia ditulis mengikut susunan subtopik tertentu mengikut minat dan kaedah yang dipegang oleh seseorang pengkaji.
2 komponen utama dalam tinjauan literatur:
Tinjauan literatur amat penting kerana ia dapat memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan. Umumnya ia ditulis mengikut susunan subtopik tertentu mengikut minat dan kaedah yang dipegang oleh seseorang pengkaji.
2 komponen utama dalam tinjauan literatur:
- Kerangka teori (theoritical framework)
- Kajian yang berkaitan berdasarkan sesuatu tajuk penyelidikan
Friday, 23 March 2012
Lambakan produk tiruan di pasaran..
Dengan teknologi serba maju dan moden, pelbagai aktiviti dapat dilakukan..contohnya mesin pembuatan cd cetak rompak..selain itu juga, kegiatan menjual produk tiruan dipasaran terbuka membabitkan produk jenama antarabangsa cukup mendapat sambutan pembeli seperti aksesori, alat mekap, beg tangan, baju, jam tangan, minyak wangi, seluar jeans dan lain-lain lagi..harga yang dijual untuk barang tulin hampir mencecah ribuaan ringgit, tetapi seseorang boleh mendapatkan produk tersebut (produk tiruan) dengan harga yg amat-amat murah..sesiapa saja boleh memakainya..soal sama ada produk tersebut tiruan bukan lagi satu persoalan.. dari segi mutu sememangnya kita ketahui tetapi produk tiruan ini cukup berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Menjual produk tiruan adalah menjadi kesalahan. Malah terdapat peruntukan undang-undang yang jelas di bawah Akta Perihal Dagangan 1972, jika sabit kesalahan. mereka yang menjual produk tiruan boleh dikenakan hukuman denda RM 100 ribu atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Tetapi, hukuman tersebut langsung tidak menimbulkan rasa takut kepada segelintir pihak. Mungkin hukuman tersebut terlalu ringan berbanding pulangan yang mereka peroleh sehingga kegiatan ini begitu susah untuk dibanteras...
JOHOR BAHRU : Cubaan melambakkan barangan berjenama tiruan sempena musim perayaan ini tersekat selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyerbu 10 premis termasuk sebuah stor di sini, semalam.
Dalam operasi bermula jam 10 pagi dan berakhir enam jam kemudian, sembilan premis menjual barang berjenama tiruan di empat pusat beli-belah serta stor di Masai diserbu.
Ketua Penguat kuasa KPDNKK Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya merampas 4,419 barang berjenama tiruan Adidas, Umbro dan Levi’s bernilai lebih RM157,000 mengikut harga pasaran.
“Tarikan utama barang tiruan ini adalah kualitinya hampir menyamai barangan tulen tetapi dijual pada harga lebih murah.
“Barangan dirampas termasuk baju-T lelaki dan wanita, kasut, beg dan pelbagai lagi. Operasi Gerak Gempur Cetak Rompak (GGCR) ini dijalankan selepas seminggu risikan dibuat,” katanya.
Operasi membabitkan 25 pegawai itu turut disertai wakil pengedar sah barangan berjenama berkenaan.
Menurut Hamid, GGCR dijalankan hasil aduan diterima daripada wakil pengedar sah produk itu berkaitan aktiviti penjualan barangan tiruan.
Beliau berkata, produk tiruan terbabit diseludup masuk sebelum diedar kepada peniaga di pusat beli-belah di sekitar bandar raya ini.
“Penjaga dan pemilik 10 premis terbabit ditahan sebelum dibebaskan selepas diambil keterangan bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1)b Akta Perihal Dagangan 1972 kerana menjual barangan tiruan jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000, penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Monday, 12 March 2012
research....
What is research ?
Research = The process of finding solutions to a problem after a through study and analysis (Sekaran, 2006).
Research = Systematic inquiry that provides information to guide decision (Cooper & Schindler, 2001)
Penyelidikan adalah satu proses kajian untuk menghasilkan sesuatu laporan ilmiah bagi menyelesaikan masalah mengikut syarat-syarat yang tertentu....daripada penyelidikan, kita dapat mengetahui apa yang kita mahukan dari tajuk penyelidikan kita..
Research = The process of finding solutions to a problem after a through study and analysis (Sekaran, 2006).
Research = Systematic inquiry that provides information to guide decision (Cooper & Schindler, 2001)
Penyelidikan adalah satu proses kajian untuk menghasilkan sesuatu laporan ilmiah bagi menyelesaikan masalah mengikut syarat-syarat yang tertentu....daripada penyelidikan, kita dapat mengetahui apa yang kita mahukan dari tajuk penyelidikan kita..
Sikap Penguna Terhadap Barang Tiruan
Secara
umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pelanggan untuk membeli produk tiruan. Produk tiruan boleh menjejaskan pembangunan ekonomi sesebuah negara dengan memberi kesan kepada peniagaan yang menjual barangan tulen sehingga menyebabkan mereka kehilangan jualan, kehilangan kepercayaan kepada jenama. Selain itu, nilai keuntungan juga pasti akan menurun akibat dari pelangan yang memilih untuk membeli barang tiruan dan bukannya produk tulen yang dipasarkan. Selain dari masalah ekonomi, masalah dari segi keselamatan dan kesihatan juga boleh berlaku kesan dari masalah barang tiruan ini. Berikut adalah antara berita dan video yang berkaitan dengan masalah barang tiruan ini.
Berita dan Video yang berkaitan
Saya berminat untuk mengaji apakah faktor utama penguna membeli barang tiruan kerana dengan
memahami niat dan tingkah laku penguna dalam pembelian produk tiruan, pengeluar dan
pemasar produk jenama tulen boleh membuat strategi pemasaran yang lebih baik
untuk menarik pengguna untuk membeli produk asli dan bukannya produk tiruan.
Subscribe to:
Posts (Atom)